fbpx

Dr. Fatima bukan sahaja cantik tetapi berbakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar Dr. Fatima yang tular di media sosial ketika menjadi penterjemah dan penasihat Erdogan.

PETALING JAYA – Lawatan rasmi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia selama dua hari yang berakhir kelmarin menjadi perhatian rakyat bahkan seluruh dunia.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan pengguna media sosial adalah kehadiran seorang wanita sebagai penterjemah dan penasihat Erdogan sepanjang lawatan berlangsung.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Dr. Fatima Gulhan Abushanab menjadi perhatian kerana mempunyai wajah yang anggun persis seperti seorang model.

Dengan mengenakan hijab dan pakaian rasmi ketika berada disamping Erdogan, Fatima menerima pujian melambung bukan sahaja dari rakyat Malaysia malah dari negara jiran, Indonesia juga.

“Lawa orangnya, latar pendidikan pun luar biasa. Sesuai dengan namanya, memang wanita yang hebat,” komen Muhammad Shahir.

“Masha Allah cantiknya Dr. Fatima. Bukan sahaja cantik, tetapi sangat berbakat besar. Kita tak tengok presiden tapi tengok penterjemah dia,” komen Cik Rose.

“Cantik banget (sangat). Tidak sabar mahu lihat hadir ke Indonesia. Salam pertemuan,” komen Fendy.

Lebih mengagumkan, Fatima mempunyai latar belakang pendidikan dalam hubungan antarabangsa.

Beliau merupakan graduan Universiti George Mason; Universiti Georgetown dan Universiti Ankara Yildirim Beyazit.

Dr. Fatima juga merupakan anak kepada wanita hebat iaitu Dr. Marwa (Merve) Safa Kavakci.

Dr. Merve juga merupakan sahabat baik kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bukan itu sahaja, Dr. Merve merupakan Ahli Parlimen berhijab pertama di Turki pada tahun 1999 dan pernah menjadi Duta Turkiye di Malaysia dari 2017 sehingga Jun 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI