fbpx

Dewan Rakyat: Tiada perjanjian pendidikan dengan Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mempunyai hubungan rasmi atau kerjasama strategik dengan kerajaan Taliban yang mentadbir Afghanistan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan, Malaysia malah belum mengiktiraf secara rasmi pihak berkuasa negara tersebut.

“Putrajaya belum mengiktiraf kerajaan de facto Afghanistan. Oleh demikian, tiada sebarang hubungan rasmi atau kerjasama strategik dimeterai kedua-dua kerajaan dalam pendidikan,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) mengenai hubungan dua hala yang terjalin antara kerajaan Malaysia dan Afghanistan dalam bidang pendidikan.

Ia berikutan lawatan delegasi Afghanistan ke atas Fadhlina tahun lalu .

Menjawab isu tersebut, Fadhlina berkata, lawatan itu dibiayai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

Kata beliau, NGO itu menguruskan dana disediakan Kesatuan Eropah dalam usaha menyokong pembangunan kapasiti di Afghanistan.

Bagaimanapun, katanya, ia adalah peluang untuk KPM membuka mata delegasi Afghanistan tentang hak wanita mendapat pendidikan walaupun kemungkinan mereka membenarkan wanita kembali ke sekolah adalah tipis.

“KPM akan terus mendapatkan nasihat dan panduan Wisma Putra sebelum mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama dengan entiti asing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI