fbpx

Dewan Rakyat: “Nak jawab macam mana, kes mahkamah”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar di Dewan Rakyat hari ini. -Foto JAPEN

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau tidak boleh memberi jawapan berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak selagi kes tersebut belum selesai di mahkamah.

Anwar berkata, beliau memberi jaminan akan memberi jawapan berhubung isu tersebut selepas kes berkenaan di mahkamah selesai.

“Tak jawab (isu) adendum? Saya dah beritahu nak jawab macam mana kes mahkamah. Saya boleh jawab, saya dah beri jaminan di Parlimen, selesai mahkamah saya jawab dan saya nak tengok ketua pembangkang hadir atau tidak.

“Nak lari daripada mana? Ya kamu boleh jerit banyak mana pun. Saya tahu faktanya, tapi nak suruh saya singgung kedudukan raja saya tak boleh. Saya dalam hal ini, boleh periksa saya memang hubungi raja-raja,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu pembangkang membangkitkan tentang pelabur asing didakwa menjual pegangan saham mereka dalam negara dan mengaitkannya dengan isu berkenaan Titah Adendum.

“Kalau diizinkan, selepas kes mahkamah saya dah janji di sini saya harus jelaskan, tetapi tidak boleh sekarang kerana kes itu di mahkamah, tetapi pembangkang tak peduli, subjudis pun tak peduli sebab dia anggap `above the law’,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI