NEW DELHI – Seorang lelaki menghiasi badan keretanya dengan tampalan duit syiling satu rupee dalam dekorasi yang mengejutkan netizen, lapor portal berita The Indian Express hari ini.
Video memaparkan kereta tersebut bersinar di bawah cahaya matahari disebabkan oleh duit syiling itu tular di media sosial.
Seorang netizen berkongsi video itu di platform Instagram.
“Kereta wang,” demikian menurut keterangan video itu.
Walaupun sebilangan netizen memuji pemilik kereta kerana melakukan ‘hiasan’ itu, ramai juga dalam kalangan mereka mengkritiknya.
“Siapakah mereka ini, dari mana mereka berasal?” kata seorang netizen.
“Mengapa anda menyalahgunakan duit itu,” kata netizen lain. – AGENSI