fbpx

Aktor 75 tahun beli gelang emas, tunggu tunang keluar penjara untuk berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lungkei dan Chris akan berkahwin tahun ini. - Instagram

HONG KONG  – Pelakon Hong Kong, Lee Lungkei membuat persiapan untuk mengahwini tunangnya yang sedang menjalani hukuman penjara dengan membelikan wanita itu gelang emas, lapor portal berita VNExpress semalam.

Lungkei, 75, mengesahkan bahawa perkahwinan mereka akan berlangsung tahun ini, selepas tunangnya, Chris Wong dibebaskan dari penjara Hong Kong pada Julai depan.

Chris menjalani hukuman penjara 25 bulan selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk menetap di Hong Kong melebihi tempoh masa menggunakan visa pelancong. 

Lungkei menyatakan hasrat untuk menjalani kehidupan sederhana dengan Chris selepas wanita itu dibebaskan.

Tambahnya, dia tidak mengharapkan Chris bekerja selepas pembebasannya dan bersedia menyara wanita itu dari segi kewangan.

Chris yang berasal dari tanah besar China, ditangkap pada Februari 2024 kerana tinggal lebih masa menggunakan visa pelancong Hong Kong. 

Dia berdepan  tuduhan tambahan menggunakan sijil tamat pengajian kolej penerbangan Amerika Syarikat palsu untuk memohon Skim Bakat dan Profesional Hong Kong.

Pasangan yang pertama kali bertemu ketika Lungkei berusia 66 tahun itu pada mulanya merancang berkahwin pada akhir  2023 tetapi menangguhkan perkahwinan ekoran kematian bapa Chris.

Lungkei terkenal melalui  wataknya dalam siri televisyen seperti The Condor Heroes, Journey to the West dan Forensic Heroes.

Dia mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya pada era 1970-an dengan  semua mereka lebih berusia berbanding Chris. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI