fbpx

10 hari hilang, Nur Alya gagal dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR ALYA ATIQAH yang dilaporkan hilang gagal dikesan sejak 3 Februari lalu.

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan pelajar perempuan sebuah politeknik, di Taman Putra, di sini yang dilaporkan hilang sejak sejak 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, Nur Alya Atiqah Muhamad Fitri, 18, kali terakhir dikesan pada 12.18 tengah hari di institusi pendidikan itu.

Katanya, pihaknya sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja perempuan berkenaan.

Ujarnya, pelajar perempuan itu memiliki ketinggian 1.5 meter dengan anggaran berat 45 kilogram, berambut hitam ikal paras bahu serta warna kulit kuning langsat.

“Remaja berkenaan dilaporkan keluar dari lokasi berkenaan pada pukul 11.30 pagi pada 3 Februari lalu manakala laporan polis dilakukan pada hari sama.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan lokasi remaja terbabit boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323. Kerjasama masyarakat amat diperlukan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial maklumat kehilangan remaja perempuan itu sejak beberapa hari yang lalu.

Difahamkan remaja berkenaan adalah pelajar tahun kedua di politeknik berkenaan yang mengikuti kursus pengurusan logistik.

Keluarga remaja itu tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan remaja terbabit yang tidak dapat dihubungi.

Keluarga remaja berkenaan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI