fbpx

[VIDEO] Gerai mercun terbakar, 5 kenderaan musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai mercun yang musnah terbakar dalam satu kejadian di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, malam tadi.

PETALING JAYA – Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai mercun dilaporkan terbakar dalam satu kejadian di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.53 malam.

Katanya, seramai 13 anggota bersama tiga buah jentera digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah kedai mercun terbakar 100 peratus dan merebak ke tiga buah kereta iaitu Toyota Vellfire terbakar 95 peratus manakala Perodua Bezza terbakar 80 peratus.

“Sebuah lagi kenderaan iaitu Proton Saga BLM turut terbakar 40 peratus. Selain itu, dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 dan Honda EX5 juga musnah terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Ahmad Mukhlis lagi, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan punca masih lagi disiasat.

Terdahulu, tular beberapa video orang awam di media sosial menunjukkan situasi panik yang berlaku berdekatan kawasan kejadian.

Difahamkan gerai tersebut tiba-tiba meletup sebelum diikuti dengan kebakaran besar yang berlaku.

Letupan itu menyebabkan kesemua bunga api meletup di udara dan di sekeliling gerai sehingga menimbulkan suasana panik kepada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI