PETALING JAYA – Sebuah taman permainan awam yang didakwa dijadikan sebagai ‘tempat permainan’ anjing baka Husky di Johor Bharu beberapa hari lalu, kini telah disertu pihak berwajib.
Selepas sebuah video tular di media sosial yang memaparkan dua individu kurang prihatin apabila membawa haiwan peliharaan mereka itu bermain di sebuah taman permainan awam.
Terkini, menerusi video tular yang dimuat naik di TikTok, pihak berwajib di kawasan tersebut telah melakukan pembersihan wajib atau sertu terhadap satu gelongsor yang telah digunakan oleh anjing Husky terbabit sebelum ini.
“Video ini telah sampai ke pihak kami di kawaasan ini, pihak berwajib telah ambil tindakan mereka,” jelas video tersebut.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kejadian difahamkan berlaku di sebuah taman perumahan terletak di Johor Bahru menunjukkan pemilik anjing baka Husky itu membawa haiwan peliharaannya menaiki tangga sebelum menuruni gelongsor sambil disambut seorang lagi wanita di bawah.
Perbuatan itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana rata-rata mereka menganggap taman permainan awam seharusnya digunakan sebaiknya.
“Itu bukan tempat anjing, itu tempat kanak-kanak bermain. Janganlah salah gunakan,” komen Man Serah.
“Tu tempat awam, tolonglah prihatin sedikit. Bukan sahaja taman permainan, tempat-tempat awam lain pun perlu sama-sama ada sikap timbang rasa. Lainlah kalau dekat rumah sendiri,” komen Noor Azmin. – KOSMO! ONLINE
@ailurophile310 Replying to @Jobry_Bey@159 video ni telah sampai ke group kawasan kami di FB dan pihak yg berwajib telah ambil tindakan yg sepatutnya. Dah selesai dibersihkan 👍🏻 #fypシ ♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra