PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa memandu uji sendiri kenderaan elektrik keluaran Turkiye berjenama TOGG bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya semalam.
Menerusi video yang dikongsikan Anwar di media sosial, beliau begitu mengagumi kecanggihan dan teknologi yang terdapat pada jenama tersebut.
Erdogen juga dilihat bersama Anwar serta beberapa pegawai kerajaan yang turut berada bersama mereka dalam kenderaan tersebut.
Terdahulu, Anwar mendapat sebuah kereta elektrik kebanggaan Turkiye berjenama TOGG daripada Erdogen bersempena kehadiran beliau ke negara ini beberapa hari lalu.
Kenderaan tersebut merupakan pemberian Turkiye bagi mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, samada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif.
Malaysia dan Republik Turkiye akan terus memperkukuh dan memanfaatkan persahabatan erat yang terjelma serta memungkinkan lembaran baharu dalam hubungan strategik yang pastinya memberi manfaat kepada kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE.
@anwaribrahimofficial Santai-santai pandu kereta, bawa Presiden Erdoğan dari Perdana Putra ke Seri Perdana semalam. Lepas ini boleh bawa Azizah. 🥰🥰 #MalaysiaMADANI ♬ original sound – Anwar Ibrahim