fbpx

[VIDEO] 22 pemimpin GISBH mengaku tak bersalah, 17 Mac bicara jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasiruddin (depan) bersama pemimpin GISBH lain yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Foto AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH). Nasiruddin Mohd. Ali dan isterinya, Azura Md Yusof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak lima tahun lalu.

Nasiruddin, 66 dan Azura, 58, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar.

Turut membuat pengakuan sama anak kepada pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari.

Seramai 11 lagi pemimpin tertinggi GISBH yang didakwa ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, dan Mohamad Sayuti Omar, 36.

Turut mengaku tidak bersalah Mohd. Fazil Md Jasin, 58, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Lapan tertuduh wanita pula ialah Hamimah Yakub, 73, Asmat@ Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29 dan Nur Jannah Omar, 33.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH, di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang dekat sini, antara Oktober 2020 dan 11 September lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

“Sekiranya mahu dijamin, kita buat prosiding secara berasingan kecuali Hamimah yang telah mendapat jaminan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Peguam Datuk Rosli Kamaruddin mewakili 21 tertuduh kecuali Hamimah memaklumkan, pihaknya dalam proses melengkapkan kesemua 21 permohonan jaminan.

“Daripada jumlah itu, 17 telah difailkan namun belum teratur dengan kami akan memasukkan afidavit seperti sijil kesihatan.

“Empat lagi permohonan akan difailkan pada minggu ini. Semuanya akan dilengkapkan dalam tempoh seminggu sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Turut mewakili 21 pemimpin GISBH ialah peguam Muhammad Zaim Rosli, Najib Zakaria, Hasnan Hamzah, Boestaman Ahmad, Mohammad Hafiz Zainol Abidin dan Dorina Abdullah.

Sementara itu, peguam Kamal Hisham Jaafar mewakili Hamimah. Dua daripada Majlis Peguam iaitu S. Vivekanada dan Aira Amira Anuar bertindak sebagai peguam pemerhati. Mahkamah menetapkan 17 Mac ini untuk perbicaraan ikat jamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI