fbpx

‘Tidak pernah menyusahkan, Muhammad Aisy baby syurga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Ayu Raudhah menyifatkan anak bongsunya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia semalam sebagai bayi yang sangat baik kerana tidak pernah menyusahkan dirinya.

Reda diuji kehilangan zuriat  yang baru berusia enam bulan itu, Ayu berkata, Muhammad Aisy adalah pinjaman daripada Allah SWT untuk keluarganya.

“Dia memang bayi yang sangat baik sejak lahir sehingga menghembuskan nafas terakhir.

“Muhammad Aisy tidak pernah menyusahkan dan dia memang ditakdirkan sebagai ‘baby syurga’. Itu sahaja saya nak cakap,” katanya seperti dipetik Gempak. 

Meski hanya enam bulan bersama, setiap momen membesarkan dan menjaga Muhammad Aisy merupakan kenangan terindah dalam hidupnya.

“Setiap saat kami bersama adalah kenangan terindah.

“Dia adalah pinjaman dari Allah dan bila-bila sahaja akan diambil.

“Terlalu banyak nikmat untuk kita perkatakan kenapa Dia nak ambil, itu semua hak Dia. Saya reda insya-Allah,” jelasnya.

Sementara suaminya, Zaquan Adha pula memberitahu punca kematian tidak akan dikongsi kepada umum buat masa sekarang.

“Sebenarnya biarlah benda itu menjadi hal privasi untuk keluarga. Hanya saya, isteri dan anak-anak sahaja tahu perkara sebenarnya.

“Semua yang terjadi ada hikmah. Tapi saya tak mungkin akan kongsi semuanya kepada umum tambahan pula semua ini baru sahaja berlaku,” tuturnya yang memberitahu Muhammad Aisy berada dalam sihat sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam.

Baginya, setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya selain meminta orang ramai memberi dia dan isteri ruang bagi menghadapi dugaan tersebut.

“Kami pun masih dalam keadaan terkejut dan minta orang ramai beri ruang. Tiada apa yang saya boleh katakan tetapi hanya minta doa daripada orang ramai supaya saya dan isteri kuat hadapi ujian ini.

“Kami ada anak ramai dan mungkin setiap anak ada bahagian masing-masing. Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami.

“Terima kasih juga kepada semua orang yang beri sokongan sejak awal sehingga majlis pengebumian selesai,” ujarnya.

Semalam, Zaquan berkongsi khabar duka mengenai pemergiaan Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur Seremban, Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI