fbpx

Terminal lucidity, ‘hadiah’ kepada pesakit sebelum meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Kita gembira sangat ingat dia kuat lawan sakit rupanya itu tanda dia nak meninggal dunia.”

Itu penjelasan ringkas seorang jururawat tentang fenomena ‘terminal lucidity’ yang sering berlaku apabila terdapat kenalan atau ahli keluarga tiba-tiba kelihatan sihat, aktif atau berselera makan selepas sekian lama terlantar sakit.

Menggunakan nama profil Nur Azizah di media sosial, jururawat itu berkata, sehingga kini ‘terminal lucidity’ masih belum terungkai sepenuhnya.

“Fenomena ini dianggap hadiah daripada Tuhan sebelum pesakit itu meninggal dunia,” katanya.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang turut berkongsi pengalaman berdepan dengan kenalan dan ahli keluarga dengan fenomena ‘terminal lucidity’ itu.

“Sama macam arwah isteri saya. Pada 31 Januari 2025. Jumaat petang lebih kurang pukul 6, arwah ceria bersembang. Lepas tu pada hari sama pukul 10. 30, arwah di jemput Ilahi dengan wajah berseri dan wangi,” kongsi @mohamadtaufik.

“Abah saya menghadapai 36 jam terminal lucidity. Berkerah kami cari dan masak apa yang abah minta. Tiada persoalan, tiada penyesalan,” komen seorang pengguna.

“Ayah saya sehari sebelum meninggal, semua orang dia kenal. Mahu minta makan ini, makan itu sebab Iama dah tak makan. Pernah pesan suruh cari paku pakis dia nak makan,” ujar @Official_Diana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI