fbpx

Suami orang kantoi bersembunyi belakang langsir rumah wanita berkemban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa PADK (tengah) menjalankan soal siasat ke atas pasangan yang ditahan dalam operasi pencegahan jenayah syariah di sekitar daerah Kulim, hari ini.

KULIM – Gara-gara terlalu panik, seorang wanita tidak sedar hanya berkemban ketika membuka pintu rumah selepas diketuk Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dalam operasi pencegahan jenayah syariah di mukim Keladi, di sini hari ini.

Dalam operasi kira-kira pukul 1.20 pagi itu, wanita berusia 37 tahun yang masih bujang dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 32 tahun yang sudah berkahwin.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya mengetuk pintu sambil memperkenalkan diri serta tujuan kehadiran,

“Lima minit kemudian seorang wanita datang membuka pintu dalam ketakutan dengan hanya berkemban menggunakan kain tuala. Saya kemudian mengarahkan wanita itu memakai pakaian yang sopan sebelum membuat pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Anwar Sharifudin berkata, hasil pemeriksaan lanjut, penguat kuasa menemui seorang lelaki tidak memakai baju bersembunyi di sebalik tirai langsir di sebuah bilik dalam rumah wanita berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan suami isteri atau mahram. Wanita itu memaklumkan rumah tersebut milik keluarganya dan kini dia tinggal berseorangan,” ujarnya.

Tambahnya, pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan dan mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI