fbpx

Polis kentut di muka rakan sekerja berisiko dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan ibu pejabat Polis Metropolitan London, New Scotland Yard. - Getty Images

LONDON – Seorang konstabel Polis Metropolitan London berdepan tindakan tatatertib selepas didakwa membuang angin  pada muka seorang anggota polis wanita, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Konstabel Polis Wayne Sansom dan  anggota berpangkat sama, Ben Jeffries dituduh melanggar piawaian tingkah laku profesional antara 2020 hingga 2023.

Antara 2020 hingga 2021, Sansom didakwa mengeluarkan komen yang tidak sesuai dan tidak sopan kepada dua rakan sekerjanya. Ia termasuk komen menyentuh seksualiti wanita dan kenyataan lucah lain.

Dia juga didakwa membuang angin di hadapan muka rakan sekerja wanita pada November 2021.

Jeffries pula membuat beberapa komen yang tidak sesuai dan tidak sopan kepada sebilangan rakan sekerjanya berulang kali.

“Ini termasuk ucapan yang didorong oleh perkauman dan lucah,” kata Polis Metropolitan London.

Perbicaraan salah laku kedua-dua mereka akan berlangsung antara 23 Jun hingga 4 Julai depan.

Jika dakwaan itu dibuktikan sebagai salah laku, kedua-dua mereka boleh dipecat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI