KUALA LUMPUR – Inisiatif pelancaran semula produk Biossentials yang diperbaharui dan di jenamakan semula dilihat dapat memberi manfaat kesihatan terbaik kepada pelanggan yang berkunjung ke spa milik Shangri-La Hotel Kuala Lumpur (KL) dan juga beberapa rangkaian hotelnya di seluruh negara serta bagi rakan perniagaan spa.
Penjenamaan semula produk itu juga akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan serta imej produk berkenaan dalam industri tersebut.
Biossentials yang telah dibangunkan dengan reka bentuk dan pembungkusan berinovatif yang lebih segar itu bakal menjadi peneraju dan mendapat pengiktirafan terbaik dalam industri berkaitan spa dan juga penjagaan kesihatan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran tersebut, produk Biossentials akan digunakan sepenuhnya di spa hotel berkenaan dan turut dijual kepada para peminatnya.
“Sebagai respon kepada pasaran yang sedang berkembang dengan permintaan meningkat terhadap perkhidmatan spa premium dalam kalangan peminatnya, Biossentials menjadi nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan malah ia akan dapat memenuhi keperluan kumpulan sasaran kami sekali gus ia dapat mengukuhkan jenama produk di peringkat domestik dan global.
“Ia telah dihasilkan oleh pereka terkenal dunia dari Amerika Syarikat dan ini mencerminkan trend pemasaran global dalam bidang ini terus semakin berinovatif,” jelasnya.
Turut diadakan serentak pelancaran produk yang sama di rangkaian Shangri-La’s Rasa Ria Resort, Kota Kinabalu; Shangri La’s Tanjung Aru, Kota Kinabalu, and Shangri-La Rasa Sayang, Pulau Pinang.
Biossentials adalah satu jenama global terunggul yang menawarkan produk spa mewah dan premium yang mementingkan elemen kelestarian yang dibangunkan untuk menawarkan kesejahteraan dan keremajaan. -KOSMO! ONLINE