fbpx

Pelukis abadikan Rumah Warisan Siam Sararaksh sebelum diroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
.Para pelukis mengambil peluang mengabdikan Rumah Warisan Siam Sararaksh di Pulau Tikus, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Sekumpulan 23 pelukis mengambil peluang terakhir untuk mengabadikan keindahan Rumah Warisan Siam Sararaksh di Pulau Tikus di sini yang berusia lebih 200 tahun sebelum ia dirobohkan.

Bermula seawal jam 8.45 pagi tadi, para pelukis berkumpul untuk melukis bangunan bersejarah itu, dengan sesi berlangsung sehingga tengah hari.

Menurut bekas guru seni, Tan Tee Hen, 60, dia tidak mahu melepaskan peluang merakamkan rumah itu dalam bentuk lukisan.

“Sayang melihat bangunan lama ini dirobohkan. Sebagai anak jati Pulau Pinang, ada rasa sedih kerana ia sebahagian daripada sejarah kita,” katanya ketika ditemui di Rumah Warisan Siam Sararaksh, di sini hari ini.

Rumah Warisan Siam Sararaksh itu bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek bangunan komersil dengan tarikh akhir diberikan kepada pemilik untuk mengosongkan rumah itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI