fbpx

Negeri Sembilan tarik gelaran Datuk bekas NC UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ekhwan

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) kepada Prof. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim menerusi kenyataan berkata, keputusan penarikan darjah ke atas bekas Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikurniakan pada 14 Januari 2019 itu bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Mohd. Ekhwan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa awal bulan ini.

Terdahulu, timbul dakwaan bahawa hasil audit universiti berkenaan menunjukkan wujud unsur salah guna kuasa, penyelewengan serta ketidakpatuhan dalam proses perolehan yang mengaitkan Mohd. Ekhwan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tuduhan tersebut merupakan fitnah semata-mata dan tindakan undang-undang telah diambil bagi membersihkan namanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI