fbpx

MBPP sita 30 motosikal sebab pemilik langgar peraturan lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa MBPP ketika menjalankan operasi di daerah Barat Daya dan Timur Laut, hari ini.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyita 30 buah motosikal menerusi operasi yang dijalankan hari ini di dua premis perniagaan menjual serta membaiki motosikal kerana didapati melanggar peraturan pelesenan.

Jurucakap MBPP berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak 18 motosikal disita di sebuah premis di daerah Barat Daya kerana diletakkan di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran.

“Sebuah lagi premis di daerah Timur Laut turut dikenakan tindakan sita apabila 12 motosikal didapati menghalang laluan pejalan kaki.

“Tindakan ini diambil mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Penang Municipal Garages by Laws 1952. Semua motosikal yang disita telah dibawa ke stor Jabatan Penguatkuasaan MBPP untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI