fbpx

Mara pertimbang biaya pelajar perubatan ke Universiti Al-Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Asyraf (tiga kiri) bersama Dr Salamah(empat kiri) ketika kunjungannya ke Pejabat Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa di Kaherah, Mesir baru-baru ini.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedia mempertimbang untuk membiayai pelajar perubatan, pergigian dan farmasi ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, ia boleh dilaksanakan jika kos pengajian di universiti berkenaan jauh lebih murah daripada kebanyakan institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia dan mendapat tambahan diskaun daripada pihak terbabit.

Beliau berkata, perkara berkenaan telah dibincangan bersama Presiden Universiti Al-Azhar, Prof Dr Salamah Abu Daud, ketika kunjungannya ke Pejabat Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa di Kaherah, Mesir baru-baru ini.

“Pelajar perubatan dan pergigian di institusi itu akan mengambil subjek-subjek pengajian Feqah dan etika perubatan dalam Islam bagi menjadikan mereka doktor dengan asas agama yang kuat.

“Pelajar juga dikehendaki menghafaz lima juzuk al-Quran selaras dengan pendekatan Mara di semua Maktab Rendah Sains Mara ketika ini.

“Pelajar juga akan belajar dalam bahasa Inggeris di samping dimantapkan penguasaan Bahasa Arab,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Jelas beliau, ia bertepatan dengan pendekatan dan orientasi Mara yang mahu melahirkan golongan profesional Melayu bumiputera berteraskan prinsip ulul-albab sebagaimana suluhan al-Quran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI