fbpx

Malaysia alami cuaca lebih panas, kering sehingga pertengahan Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Negara dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan sehingga pertengahan Mac ini. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Negara dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan berikutan kekurangan hujan dalam tempoh susulan fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pertengahan Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan adalah berkurangan di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

“Situasi cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada bulan Februari hingga Mei.

“Dalam tempoh ini, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.

“Bacaan suhu tertinggi dicatat di stesen-stesen Meteorologi MetMalaysia seluruh negara pada semalam adalah 36.1 darjah Celsius, yang direkod di Felda Teloi Kanan, Baling, Kedah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan, namun tidak diramalkan tidak seteruk tahun 2024.

“Ia disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang dan dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI