fbpx

Lelaki disaman lebih RM900 tidak guna fon telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Pexel

PARIS – Seorang lelaki dikenakan denda lebih €200 (RM921) kerana menggunakan fungsi pembesar suara pada telefon bimbitnya di stesen kereta api Nantes, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.

Lelaki dikenali sebagai David itu ‘ditangkap’ ketika berbual dengan kakaknya melalui pengaktifan fungsi pembesar suara telefon oleh seorang pegawai syarikat kereta api Perancis, SNCF. 

“Pegawai tersebut berkata, sekiranya saya tidak mematikan pembesar suara, saya akan didenda €150 (RM691). 

“Saya menganggap pegawai tu hanya bergurau tetapi dia mengeluarkan buku saman dan menyaman saya,” tambah David. 

David mengupah seorang peguam untuk membantah saman  berjumlah €150 tersebut, namun ia dinaikkan kepada €200 kerana tidak dibayar dengan segera. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI