fbpx

‘Kasihan…dah la miskin, buruk dan bodoh pula tu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Dulu ada seorang ‘mamat’ ni, beria ajak aku keluar bersama. Kali ketujuh aku pergi sebab kasihan dan dia datang ambil naik Kancil turbo. Sampai pusat beli-belah, aku yang belanja makan sebab tahu dia tak berduit.”

Itu antara perkongsian seorang wanita tentang pengalamannya keluar bersama lelaki yang sebelum itu sudah berkali-kali mengajaknya untuk berjumpa.

Wanita itu berkata, ‘kemuncak’ pertemuan itu berlaku apabila dia ditinggalkan seorang diri di pusat beli-belah berkenaan selepas meminta izin untuk solat maghrib.

“Waktu aku cakap nak solat mahgrib, ‘boom’ dia tinggal aku dekat ‘mall’ tu dan aku tunggu sampai pukul 10 malam baru aku balik sendiri naik Grab.

“Akhirnya aku dapat tahu dia keluar dengan aku sebab kawan dia bagi cabaran. Lepas tu dia beritahu kawan dia semua, aku ni kaki kikis. Kasihan, dah la miskin, buruk, hodoh pula tu,” luahnya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang turut mengecam lelaki berkenaan, malah ada yang meminta wanita itu mendedahkan identiti individu terbabit.

“Aduh, ‘part’ (bahagian) Kancil turbo tu dekah la aku sebab ex (bekas) pun pakai Kancil turbo juga,” kata seorang pengguna.

“Patutnya awak dedahkan saja dia ni. Muka dia (letak) besar-besar biar orang kenal. Spesies tak sedar diri,” kecam @Nana-san.

“Tolong dedahkan sebab kita penyibuk,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI