fbpx

Kanak-kanak dilarang tunai haji  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah haji menunaikan solat mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 5 Julai 2022. - CNN

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan peraturan baharu melarang kanak-kanak menyertai jemaah ke tanah suci pada musim haji 2025, lapor laman berita Azernews kelmarin. 

Langkah tersebut bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko bahaya ekoran kesesakan manusia yang luar biasa setiap kali musim haji. 

Arab Saudi menetapkan umur minimum 12 tahun untuk jemaah kali ini, demikian menurut laman berita The Daily Star.

Sebagai tambahan, kementerian itu turut memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan dan pengurusan haji.

Ini termasuk kempen kesedaran mengenai keselamatan mandiri, pengenalan sistem pintar untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah ke kawasan ibadah, pemodenan khemah serta laluan bagi meningkatkan keselesaan dan memudahkan pelaksanaan ibadah haji. 

Kementerian turut mengesahkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan haji buat kali pertama pada tahun ini. 

Pendaftaran musim haji 2025 telah dibuka secara rasmi kepada rakyat dan penduduk Arab Saudi melalui aplikasi Nusuk dan portal dalam talian rasmi. 

Aplikasi dan portal tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk memperkemas dan mendigitalkan proses pendaftaran, menjadikannya lebih cekap dan mudah diakses.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI