fbpx

‘Ika’ didakwa tipu isteri Along Cham akan dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BANGI  – Seorang wanita yang ditahan dan direman berhubung kes penipuan melibatkan Afreena Suhaimi yang juga isteri pelakon dan pelawak Along Cham, akan didakwa di Mahkamah Majistret di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini esok.

Difahamkan pertuduhan terhadap wanita yang dikenali sebagai Ika itu akan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan kertas siasatan berhubung kes penipuan RM95,180 melibatkan Afreena yang juga isteri Along Cham, telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Terdahulu Kosmo! melaporkan Afreena tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika atas dakwaan menipu wang RM95,180.
Menurut laporan Afreena, wang itu diserahkan untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan dan mengurangkan hukuman mahkamah.
Susulan laporan diterima, polis menahan suami isteri berusia 20-an di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, pada 29 Januari lalu.
Suspek wanita yang ditahan itu mempunyai lima rekod lampau berkaitan penipuan di empat negeri iaitu di Selangor, Sabah, Negeri Sembilan dan Kedah. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI