fbpx

Hujan lebat di Sabah, Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak dijangka berlaku di Betong, Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Sementara di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Kudat,” kata kenyataan itu.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI