fbpx

Gagal seludup 18.9kg dadah ke Sarawak guna kotak makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis methamphetamine yang dirampas pada Jumaat lalu.

SEPANG – Taktik licik menyembunyikan dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 18.9 kilogram (kg) dalam kotak makanan untuk diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini berjaya dibongkar polis pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, susulan itu, pihaknya menahan seorang lelaki selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.

“Susulan itu, seorang lagi suspek ditahan di Balai Pelepasan KLIA 2 dengan rampasan satu kotak berisi 10 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah methamphetamine seberat kira-kira 10.5 kg. Kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu tidak mempunyai rekod lampau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, salah seorang suspek didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing dan keseluruhan rampasan barang terlarang itu bernilai RM607,200 dipercayai untuk pasaran di Sarawak.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 14 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI