fbpx

FAM mahu terus ‘kunci mulut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR AZMAN

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru agar peminat bola sepak tanah air bersabar dan tunggu pengumuman rasmi mengenai status pemain naturalisasi atau warisan baharu yang bakal menyarung jersi Harimau Malaya tidak lama lagi.

Sebagai rekod, arena bola sepak kebangsaan kecoh baru-baru ini selepas pemain sensasi Johor Darul Ta’zim, Bergson da Silva memberi petanda bakal menjadi pemain naturalisasi selepas mengemas kini bendera Jalur Gemilang di profil Instagram miliknya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengakui pihaknya tidak boleh memberi pengesahan kerana perkara ini hanya akan dijelaskan oleh pengurusan tertinggi Harimau Malaya.

“Tiada komen (mengenai perkembangan naturalisasi Bergson). Biar pengurusan baharu Harimau Malaya umumkan nanti,” katanya secara ringkas ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum ini, nama Bergson antara yang disebut pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim untuk diserapkan sebagai pemain naturalisasi baharu selain tonggak Sri Pahang, Manuel Hidalgo.

“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai pelan jangka pendek selepas beraksi 5 tahun di Malaysia,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Selain pemain naturalisasi, skuad Harimau Malaya yang kini dalam fasa revolusi apabila bakal mendapatkan sekurang-kurangnya lapan pemain berdarah warisan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend mengesahkan proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir.

Selain itu, tiga lagi pemain juga dilaporkan dalam proses mendapatkan kerakyatan dan diharapkan dapat menyarung jersi Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan bermula, Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI