fbpx

Fadhlina imbau kenangan di Pekan Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika meninjau Pekan Rabu hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melalui laman sosial beliau mengimbau kembali nostalgia bersama datuknya ke pasar terkenal di Alor Setar, Kedah yang dikenali sebagai Pekan Rabu.

Jelas Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, sebelum meneruskan tugas rasmi, beliau sempat meninjau aktiviti perniagaan di situ sebelum gerai sepenuhnya dibuka.

“Sebelum meneruskan tugas rasmi, berpagian saya di Pekan Rabu, Alor Star untuk meninjau aktiviti perniagaan di sini. Gerai belum dibuka sepenuhnya, saya yang paling awal. Selepas ‘pekena’ bihun sup, popia dan kopi panas, maka berjalanlah saya tingkat ke tingkat sambil beramah mesra dengan peniaga.

“Ketika kecil, Sidi (datuk) saya biasa membawa saya ke sini. Itupun saya rasa sudah cukup mewah. Kedua ibu bapa saya juga adalah pengunjung tegar Pekan Rabu. Apa yang saya cari di sini? Hanya kerinduan,” jelas Fahdlina di akaun Facebook rasmi beliau.

Katanya, apa yang paling dirindui adalah baju kurung Kedah ( kain ‘cotton’) yang menjadi pakaian tradisi semua wanita dalam keluarga beliau ketika di rumah.

“Rindu ikan sepat ronggeng dan ikan Talang ( kegemaran bapa saya), rindu putu beras, putu kacang dan bepang ( kegemaran ibu saya) dan rindu seorang cucu mengenang datuknya yang menghiburkan cucunya dengan sekeping roti canai, segenggam gula-gula susu dan naik kereta pusing ‘loqstaq’,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI