fbpx

EPL: Mainoo hilang arah di Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAINOO

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Paul Scholes mendakwa pemain muda pasukan itu, Kobbie Mainoo seakan hilang arah di Old Trafford apabila kelab itu bagaikan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuknya.

Mainoo dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea pada Januari lalu dan United dilapor masih terbuka untuk melepaskan khidmat pemain itu pada jendela perpindahan musim panas nanti pada harga yang ditetapkan.

Ekoran spekulasi berkenaan, Scholes merasakan bahawa pengendali pasukan, Ruben Amorim tidak pasti posisi terbaik untuk meletakkan Mainoo sehingga menggunakan khidmatnya sebagai pemain di posisi false nine ketika menentang Crystal Palace sebelum ini.

“Saya fikir Mainoo bagaikan hilang arah ketika ini, saya bercakap mengenai perkara yang sama terhadap Declan Rice sebelum ini. Mereka (United) tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk Mainoo, dia tidak tahu di mana posisi sepatutnya dia beraksi di dalam padang.

“Mainoo seorang pemain yang baik. Saya fikir posisi No. 10 tidak sesuai untuk dia, begitu juga sebagai false nine. Dia juga bukan seorang atlet yang baik untuk beraksi di dua posisi sebagai pemain tengah,” katanya.

Mainoo memiliki kontrak bersama United sehingga 2027 dan meraih pendapatan mingguan sebanyak £20,000 (RM110,684) menyebabkan dia mahukan kontrak baharu yang lebih mewah menyebabkan kelab itu agak keberatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI