fbpx

Bomoh ‘kencing’ pelanggan lebih RM3.36 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita menyamar sebagai bomoh dan menipu pelanggan dengan mengenakan bayaran  €730,000. - LPD Lower Austria

VIENNA – Polis Austria mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang wanita yang menyamar sebagai bomoh untuk menipu pelanggan dengan mengenakan bayaran  tinggi, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. 

“Suspek merupakan warga Austria bernama Mariana M atau dikenali sebagai Amerla yang berusia 44 tahun. 

“Kami menemui wang kertas, barang kemas dan emas bernilai lebih 10 juta (RM46 juta) di rumahnya di Modling dekat bandar Vienna. 

“Suspek juga dipercayai menipu beberapa orang di Austria, Jerman dan Switzerland,” kata polis. 

Mariana M dilaporkan menuntut sebanyak 730,000 (RM3.36 juta) daripada seorang pelanggan untuk melakukan ‘ritual pembersihan’ demi membuang sumpahan selepas meramalkan kematian saudara terdekat mangsa.

“Selepas mangsa menyerahkan wang secara ansuran, suspek memutuskan hubungan. Dia juga dimaklumkan oleh wanita lain bahawa bomoh itu mengalami koma teruk akibat ritual tersebut,” tambah polis. 

Polis menggesa mana-mana mangsa lain untuk menghubungi Pejabat Siasatan Jenayah Negara Austria untuk membantu siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI