fbpx

Benteng akidah elak golongan muda tergelincir, perbalahan umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD IRSHADI (kiri) menyampaikan sumbangan kerusi urut untuk kegunaan orang ramai kepada Pengarah Urusan Pusat Perubatan Tijani, Muhammad Illias Ibrahim di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Garis panduan bagi orang Islam menghadiri majlis perayaan kaum lain tidak sesekali menggambarkan sikap rasis umat Islam tetapi sebagai benteng dalam memastikan akidah umat Islam khususnya golongan muda tidak tergelincir.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan (mewakili golongan profesional), Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, garis panduan berkenaan juga dapat mengelakkan perbalahan antara umat Islam sendiri mengenai isu sama ada boleh atau tidak mengikuti aktiviti perayaan kaum lain.

“Sepatutnya kita sokong, bukan kata kita ini tidak tahu batasan tetapi semakin hari kita lihat generasi muda khususnya kurang sensitiviti terhadap pegangan agama. Jadi kita bimbang mereka ini terpengaruh dengan perkara-perkara yang membatalkan kalimah syahadah.

“Kita perlukan garis panduan ini sebab kita tidak mahu setiap tahun kita bergaduh, bila tiba Krismas contohnya bergaduh antara orang Islam, ada kata boleh kita pergi ada kata tak boleh pergi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kerusi urut untuk kegunaan orang ramai di Pusat Perubatan Tijani di sini hari ini.

Menurut Ahmad Irshadi, garis panduan berkenaan amat wajar supaya umat Islam sentiasa berhati-hati dan ia tidak sesekali menggambarkan perpecahan antara kaum tetapi bagi menjaga sensitiviti seterusnya mengukuhkan lagi perpaduan yang telah lama wujud.

“Sebab itu perlu ada garis panduan apa boleh dibuat apa tak boleh dibuat, kalau orang hindu kita ajak dia datang beraya korban kita kata sembelih lembu boleh kah? diorang tak boleh.

“Tetapi pernah kah kita ajak, tidak pernah ajak sebab kita menghormati agama hindu kita tahu mereka ini tidak boleh makan lembu,” katanya.

Tambahnya, tidak semua aktiviti dalam sambutan perayaan kaum lain yang melibatkan kepercayaan mereka boleh diikuti oleh orang Islam yang perlu menjaga akidah dan kesucian Islam.

Katanya, amalan seperti tarian yang mempunyai unsur pemujaan dan bagi membuang sial yang bersangkut paut dengan kepercayaan kaum tertentu sudah jelas tidak boleh diikuti masyarakat Islam.

“Bila kepercayaan di panggil akidah, akidah kita tidak ada sesuatu yang boleh memberi mudarat dan tidak ada sesuatu yang memberi manfaat ke semua itu adalah kuasa Allah.

“Dalam sambutan Krismas itu tidak boleh kerana kita beriman nabi Isa adalah nabi dan rasul tetapi diorang pula percaya kelahiran tuhan mereka, jadi ini melibatkan kepercayaan mereka sebab dia sangkut paut ketuhanan mereka yang yakin nabi Isa itu adalah tuhan kita bukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI