JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah motosikal jenama Honda menyeberangi sungai dalam keadaan ‘terbang’, lapor portal berita Detik News kelmarin.
Kejadian berlaku di Desa Kayupuring, Pekalongan dalam wilayah Jawa Tengah.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pekalonganinfo memaparkan motosikal Honda PCX itu dipindahkan ke seberang jalan menggunakan tali seperti aktiviti flying fox.
Pengurus Desa Kayupuring, Bambang Prasetyo berkata: “Penduduk tempatan terpaksa memindahkan barangan mereka seperti ini selepas jambatan runtuh akibat banjir.
“Selain jambatan, jalan utama juga terputus dan tidak boleh diakses oleh warga setempat.
“Pembaikan jambatan masih dalam proses,” tambah Bambang. – AGENSI