fbpx

500,000 pengunjung dijangka hadir pesta Chingay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUB menunjukkan antara laluan yang akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Pesta Chingay Johor Bahru 2025 bermula Ahad hingga Rabu depan.

JOHOR BAHRU – Pesta Chingay Johor Bahru 2025 yang akan diadakan bermula Ahad hingga Rabu depan dijangka menyaksikan kehadiran seramai lebih 500,000 peserta dan pengunjung terdiri daripada pelbagai negara.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, jumlah besar itu dianggarkan kerana pesta berkenaan dianjur dengan sokongan Tourism Malaysia, tahun ini.

“Pada hari kemuncak festival iaitu pada 18 Februari, seramai 2,148 pegawai dan anggota polis akan bertugas memastikan kelancaran festival serta keselamatan awam dijaga.

“Beberapa laluan seperti Jalan Ulu Ayer Molek, Jalan Yahya Awal, Jalan Lingkaran Dalam dan Jalan Wong Ah Fook akan ditutup bermula pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi keesokan harinya,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Wisma Tiong Hua Johor Bahru, di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru, Ho Sow Tong pula memberitahu, Malaysia dan Singapura secara bersama akan memohon pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mac ini.

Pesta Chingay Johor Bahru 2025 bakal menyaksikan 80 kereta berhias serta 21 pasukan tarian singa dan naga.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI