fbpx

247 Institusi Pendidikan Islam Swasta beroperasi secara haram di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 247 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di negeri ini dikesan beroperasi secara haram dan tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, IPIS yang beroperasi tidak berdaftar walaupun dalam peringkat pendidikan awal kanak-kanak adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Sehingga kini, sebanyak 229 buah IPIS yang telah berdaftar dengan MAINJ merangkumi 40 buah Sekolah Rendah Islam Swasta (SRIS), Sekolah Menengah Islam Swasta (10), Maahad Tahfiz Swasta (149), Madrasah Pondok Swasta (22) dan Madrasah Malabar Johor (8).

Mohd. Fared berkata, terdapat 25 buah IPIS yang sedang melengkapkan proses pendaftaran dan 247 buah lagi yang diketahui sedang beroperasi namun belum memulakan proses pendaftaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI