fbpx

[VIDEO] Wanita pukul budak hingga tersungkur, berdarah terhantuk bucu bangku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar CCTV kejadian kanak-kanak perempuan dipukul seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya dipercayai di Jejawi, Arau.

KANGAR – Seorang wanita dikecam selepas tindakannya memukul seorang kanak-kanak perempuan di hadapan sebuah pasar raya yang dipercayai berlaku di negeri ini tular di media sosial semalam.

Menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tular itu, wanita terbabit yang mendukung seorang lagi kanak-kanak dilihat meluru ke arah budak perempuan tersebut sebelum memukulnya.

Dia kemudian menarik tangan kanak-kanak itu dan sekali lagi memukul bahagian belakang sehingga menyebabkan anak kecil berkenaan tersungkur ke lantai.

Kanak-kanak terbabit dilihat bangkit dan menangis sebelum wanita itu bertindak memukul lebih kuat di bahagian belakang badannya.

Pukulan itu mengakibatkan bahagian dahi atau mata kanak-kanak terhantuk pada bucu sebuah bangku di situ sehingga berdarah.

Wanita bersama mangsa yang dalam keadaan berdarah kemudian beredar dari kawasan tersebut.

Sementara itu, menerusi akaun Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau memaklumkan, terdapat satu video viral seorang wanita memukul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pasar raya di Jejawi, Arau dekat sini.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Arau sedang mengesan suspek kes tersebut dan pihak kami berharap saksi dapat tampil bagi membantu mengesan keluarga suspek dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Meninjau di ruang komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan dan menyuarakan kebimbangan dengan nasib kanak-kanak itu.

“Harap dapat kenal pasti suspek itu secepat mungkin, kesian anak-anak itu,” kata Muhamad Firdaus.

“Moga dipermudahkan, nak tahu keadaan anak itu sahaja. Risau kami sampai tidak lena tidur,” kata Yun Gashina.

“Kasi tangkap, zalim sangat tu,” kata En Long Muhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI