JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan seorang wanita mengamuk apabila terpaksa berpisah dengan teman lelakinya di sebuah pelabuhan di Indonesia, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di Pelabuhan Passarang, Majene dalam wilayah Sulawesi Barat pada Sabtu lalu.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @korankaltara memaparkan wanita itu menangis teresak-esak sambil menarik baju teman lelakinya yang berlari ke arah kapal.
Dia kemudian mengejar kekasihnya sebelum dihalang oleh beberapa petugas dan penduduk tempatan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sedihnya sampai ke Malaysia,” kata seorang netizen.
“Ini Titanic 2,” kata netizen lain. – AGENSI