fbpx

[VIDEO] ‘Hampa pi kenduri naik lori kah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat lima sekawan yang mengusung tilam dan set bantal sebagai hadiah kahwin buat rakan mereka.

PETALING JAYA – Demi kasih kepada rakan baik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, lima sekawan menghadiahkan set tilam lengkap bersama tiga bantal tidur ketika menghadiri majlis perkahwinan baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok @pokmatkacak, kelihatan sekumpulan lelaki tersebut gigih mengusung tilam yang berat di bawah cuaca panas demi memberi kejutan kepada pasangan pengantin baharu itu.

Gelagat kumpulan lelaki itu ternyata mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain dan ramai menyifatkan hadiah tersebut sebagai antara barangan berguna untuk pengantin baharu.

“Nampak rare (lain dari yang lain) tetapi itulah paling berguna, tilam tebal macam itu harga lebih RM400, set bantal paling murah RM50, rezeki pengantin baharu,” kata Syafiqah.

“Hampa (kalian) pergi kenduri naik lori kah?,” soal Noramizah.

“Benda-benda macam ini sangat membantu bila kau pindah rumah sendiri. Aku punya periuk nasi, pinggan mangkuk, ‘air fryer’ dan ‘toaster’ semuanya hadiah kahwin, dah tiga tahun masih berfungsi,” kongsi Hanif Salehuddin. – KOSMO! ONLINE

@pokmatkacak Selamat pengantin baru Sahabat ,Yang penting kita buat sampai jadi #pengantinbaru #hadiahpengantin #hadiahkahwin ♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI