fbpx

Ular tersekat dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepala ular tersebut terjulur keluar dari mangkuk tandas. - Khaosod

BANGKOK – Penghuni sebuah rumah di wilayah Samut Songkhram terkejut apabila melihat seekor ular sepanjang tiga meter menjulur keluar dari tandas rumahnya, lapor laman berita Thaiger.

Anggota bomba dari majlis perbandaran Samut Songkhram dipanggil ke sebuah rumah di Village 6 bagi mengeluarkan reptilia tersebut.

Sejurus tiba, mereka terkejut melihat kepala ular daripada jenis pemakan ikan itu terjulur keluar dari mangkuk tandas.

Reptilia itu kelihatan tersekat di dalam lubang tandas ekoran saiznya yang besar.

Selepas memecahkan tandas tersebut, ular tersebut akhirnya dapat dikeluarkan sebelum ia dilepaskan ke habitat asal. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI