fbpx

Peniaga keropok pukul isteri hamil dengan tukul dipenjara 40 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Isma Mirza (tengah) dipenjara 40 bulan atas kesalahan mencederakan isteri hamil di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan kejam seorang peniaga keropok lekor memukul isterinya yang hamil dua bulan dengan tukul besi dan pengikis simen minggu lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 40 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memutuskan demikian selepas tertuduh, Ahmad Isma Mirza Ahmad Zarir, 32, membuat pengakuan bersalah atasx pertuduhan yang dihadapinya.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Isma Mirza didakwa mencederakan isterinya dengan menggunakan tukul besi dan pengikis simen.

Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Taman Desa Baruh, Tanjong Damai, Kuala Nerus pada pukul 11.30 malam, 3 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pemdakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI