fbpx

Pemuda ditemui lemas di Sungai Kuala Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat mangsa ke Jeti Sungai Kuala Muda di Butterworth, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda ditemui lemas di Sungai Kuala Muda, Butterworth di sini hari ini setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan hampir tiga jam, bermula petang tadi.

Mangsa, Muhammad Nasri Mahmud, 20, ditemui dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan terjatuh ke sungai berkenaan.

Mayat mangsa ditemui pada pukul 7.32 malam tadi oleh Pasukan Penyelamat Di Air diketuai PBK 1, Khairul Nizam bersama lima anggota dengan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pasukannya menerima panggilan bantuan pihak polis bagi operasi mencari mangsa terjatuh ke sungai pada pukul 4.40 petang tadi.

Menurutnya, lokasi mangsa terjatuh adalah berhampiran Titi Kuala Muda, Permatang Bendahari, Kuala Muda.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara ‘Water Surface Searching’ dengan pembahagian kepada beberapa sektor pencarian.

“Mangsa telah dijumpai dalam keadaan terapung dipermukaan pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri jatuh.

“Mangsa telah dibawa ke jeti berhampiran dan telah disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Tambah, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 7.51 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI