ASUNCION – Satu perlawanan bola sepak di Paraguay terpaksa dihentikan apabila padang permainan mereka dilanda puting beliung, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Kejadian berlaku di Pulau Bogado, bandar Luque baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di laman X memaparkan pusaran angin melanda padang bola sepak sehingga mencetuskan ‘puting beliung debu’ mirip dalam filem Hollywood.
Ada antara pemain cuba melarikan diri sambil menjerit ketakutan.
Namun, beberapa penduduk setempat ketawa melihat fenomena cuaca itu.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Ini bukan puting beliung debu tetapi ‘setan’ debu,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI