fbpx

Nyaris ajal diterkam harimau 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang pegawai hutan digigit seekor harimau. - NDTV

NEW DELHI – Seorang pegawai jabatan perhutanan berdepan detik cemas apabila diserang seekor harimau ketika cuba menangkap binatang buas itu di negeri Bengal Barat, India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku di pinggir santuari harimau, Tiger Reserve Sundarban, dekat bandar Canning. 

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa petugas perhutanan cuba menghalau seekor harimau belang supaya kembali ke dalam hutan. 

Situasi namun menjadi tegang apabila ‘kucing besar’ itu berpaling ke arah mereka sebelum menerkam salah seorang renjer tersebut. 

Harimau itu melarikan diri ke hutan selepas dilibas oleh beberapa renjer lain menggunakan kayu. 

“Mangsa mengalami kesan gigitan pada badannya. Dia dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Pasukan kami bersenjatakan senapang bersama peluru ubat pelali, sangkar serta umpan untuk memerangkap haiwan itu. 

“Tiada kecederaan lain dilaporkan,” kata jurucakap agensi perhutanan tempatan, Nisha Goswami. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI