fbpx

Musim harum manis di Perlis kini lebih panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Asri (tengah) menunjukkan harum manis gred premium yang mampu dituai lebih awal iaitu pada Januari dan Februari setiap tahun.

PADANG BESAR – Tempoh musim mangga harum manis yang biasanya bermula dari Mac hingga Jun kini mampu dipanjangkan iaitu dari Januari hingga Jun, setiap tahun.

Pengerusi Koperasi Pengusaha Harumanis Y.A, Mohd. Asri Yusoff berkata, penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan koperasi itu kini mampu membantu menghasilkan harum manis untuk tuaian awal iaitu pada Januari dan Februari.

“Masalah utama yang membelenggu pengusaha harum manis adalah bunga yang rosak akibat terkena air hujan sekali gus menjejaskan hasil penghasilan buah ini.

“Jadi kami mengambil pendekatan menjalankan penyelidikan bersama beberapa pakar dari beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Perlis dan berjaya mencari penyelesaian masalah tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pembukaan musim harum manis keluaran koperasi YA yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI