fbpx

Man Tiger diberkas lepas enam das tembakan, 7 rakan diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Man Tiger

KLUANG – Seorang lelaki dikenali sebagai Man Tiger diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di Kampung Bukit Batu, Machap di Simpang Renggam di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Man Tiger yang berusia 32 tahun dari Simpang Renggam ditahan pada pukul 7 malam di tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan, di Simpang Renggam.

Katanya, tujuh lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu bagaimanapun masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

“Dalam kejadian pukul 12.17 tengah hari semalam, seorang wanita berusia 36 tahun dan suaminya ketika berada di rumah didatangi tiga lelaki sebelum salah seorang daripada mereka mengacukan pistol dan melepaskan empat das tembakan.

“Mereka kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Bezza berwarna maroon sambil melepaskan dua das tembakan lagi.

“Bagaimanapun, tembakan yang dilepaskan tidak mencederakan pasangan suami isteri tersebut. Dua das tembakan lagi mengenai rumah dan kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, hasil semakan, suspek yang tidak bekerja itu mempunyai 27 rekod jenayah dan dadah.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) yang boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI