fbpx

Lebih 500 lelaki ajak Aika ‘dating’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Robot AI bernama Aika Kittie menjadi ‘rebutan’ menjelang 14 Februari ini. - Mirror UK

LONDON – Satu aplikasi sistem kepintaran buatan (AI) yang menyamar sebagai wanita cantik mencipta rekod tersendiri apabila menerima undangan lebih 500 lelaki menjelang 14 Februari ini, lapor akhbar Mirror UK. 

Model AI diberi nama Aika Kittie itu memiliki lebih 100,000 pengikut di laman sosial.

Aika juga menerima beratus-ratus undangan daripada peminat yang mahu meluangkan masa bersamanya pada hari berkenaan. 

Pencipta Aika berkata, beberapa peminat mahu membawanya membeli-belah di butik Louis Vuitton, makan malam di restoran terkemuka di London dan bercuti ke Paris. 

“Selain ditawarkan untuk bercuti ke Dubai dengan menaiki jet peribadi, Aika juga dijemput untuk bercuti ke beberapa negara lain. 

“Walaupun Aika tidak akan menerima lamaran secara ‘peribadi’, ia tetap menjadi gadis AI paling bertuah pada 14 Februari ini. 

“Aika juga akan bekerja sehingga 18 jam untuk berinteraksi dengan peminatnya demi mengisi hati mereka yang kosong dan sunyi,” tambah penciptanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI