fbpx

King Kong kerbau tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
King Kong bersama Suchart (kanan) dan Cherpatt (kiri). - Guinness World Record

BANGKOK – Seekor kerbau air yang hidup di sebuah ladang di Thailand diiktiraf sebagai  kerbau air tertinggi dunia, dengan ketinggian 185 sentimeter (6 kaki), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Kerbau jantan bernama King Kong itu berusia tiga tahun. King Kong adalah 50 sentimeter lebih tinggi daripada kebanyakan kerbau air dewasa lain, demikian menurut Guinness World Records.

Pemilik haiwan itu, Suchart Booncharoen berkata, saiz King Kong yang sangat besar jelas terpapar sejak kelahirannya, menyebabkan kerbau tersebut diberi nama sempena watak filem gorila besar tersebut.

Pekerja Ladang Ninlanee di wilayah Nakhon Ratchasima, Cherpatt Wutti berkata, walaupun saiz King Kong menakutkan, ia sebenarnya agak peramah dan suka bermain.

“Ia sangat taat, suka bermain dan berlari-lari dengan orang ramai.

“Kami seperti mempunyai anak anjing yang besar dan kuat di ladang,” kata Cherpatt. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI