fbpx

Ketua balai bomba direman kes tuntutan elaun palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ketua balai bomba direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang ketua balai bomba dan penyelamat di negeri ini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan elaun kehadiran anggota bomba bantuan kira-kira RM30,000.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis kira-kira pukul 4.20 petang semalam.

Menurut sumber, suspek disyaki membuat tuntutan palsu tersebut bermula November 2023 hingga Februari tahun lalu.

“Suspek didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai ketua balai dengan mengarahkan kira-kira 15 anggota bawahan membuat tuntutan elaun kehadiran sedangkan mereka tidak hadir (bertugas).

“Apabila wang elaun dimasukkan ke dalam akaun anggota terlibat, mereka perlu memulangkan wang tersebut kembali kepada suspek,” dakwanya di sini hari ini.

Katanya, elaun kehadiran anggota bomba bantuan adalah RM96 sehari dan suspek didakwa menggunakan wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya itu untuk kegunaan peribadi.

“Buat masa ini kita masih menyiasat lanjut termasuk jumlah keseluruhan transaksi yang dilakukan suspek,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Mohd Nor Adha Ab Ghani mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM kerana mengemukakan tuntutan palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI