fbpx

Kes tembak Setia Alam: Polis yakin suspek diberkas dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (gambar kecil) kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Polis Selangor yakin suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, pada Sabtu lalu, akan tertangkap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai usaha mereka kerana ia boleh menjejaskan operasi memburu suspek.

“Suspek telah dikenal pasti selepas kejadian pada malam Sabtu dan gerakan memburu telah dilancarkan dengan segera.

“Kami (polis) yakin dia akan ditangkap dalam masa terdekat. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini buat masa sekarang.

“Kami memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dilakukan untuk menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan bekerjasama dengan Polis Kontinjen Selangor bagi mengenalpasti rakan suspek kes.

Suspek yang berusia 30-an dilaporkan memiliki 11 rekod jenayah dan dadah namun polis belum dapat mengesahkan sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian kerana masih belum diberkas.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang pekerja tukang cuci terkena dua daripada empat das tembakan di bahagian kaki dan punggung dalam kejadian tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.

Kemudian, suspek melepaskan beberapa tembakan ke arah tingkap tangga dan pintu gelangsar sebelum melarikan diri.

Difahamkan, suspek merampas sebuah Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung pusat beli-belah dengan mengacukan senjata api dan memaksa pemandu membawanya keluar dari Shah Alam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI