fbpx

Kes tembak: Mangsa sanggup kejar kereta suspek, nak cam nombor plat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAN menunjukkan salah satu kesan tembakan yang dilakukan tiga suspek di kediamannya di Kampung Bukit Batu, Machap, Simpang Renggam, Kluang, tengah hari semalam.

KLUANG – Pasangan suami isteri nekad mengejar kereta dinaiki tiga suspek selepas melepaskan enam das tembakan di hadapan rumah mereka di Kampung Bukit Batu, Machap, Simpang Renggam di sini, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Dian, berkata, mereka berusaha mengejar kereta suspek sejauh dua kilometer bagi mendapatkan nombor kereta Perodua Bezza terbabit untuk diberikan kepada pihak polis.

Katanya, mereka sekeluarga masih trauma dengan kejadian ketika berkongsi kisah didatangi tiga lelaki bertanyakan pemilik rumah dan kenderaan sebelum mengacukan pistol.

“Ketika itu saya dan suami baharu pulang dari sekolah agama kerana membayar yuran sekolah anak lelaki tunggal kami berusia 10 tahun. Tiga lelaki mendekati rumah dan berdiri di tepi tembok dalam anggaran jarak kurang 10 meter.

“Salah seorang suspek bertanya siapa pemilik rumah dan kereta. Bagaimanapun, sebelum sempat saya menjawab, salah seorang suspek telah mengacukan pistol dan lepaskan empat das tembakan,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dian berkata, tembakan terbabit nyaris mengenai pingggangnya, namun tersasar ke pintu dan dinding rumah.

“Dua lagi tembakan terkena meja makan di hadapan rumah. Saya sempat mengambil penyapu manakala suami ambil parang di dapur untuk pertahankan diri. Saya juga jerit minta tolong daripada jiran,” katanya.

Tambahnya lagi, kehadiran jiran-jiran untuk membantu telah mengakibatkan kesemua suspek lari ke arah kereta sambil melepaskan dua lagi das tembakan.

Tanpa melengahkan masa, dia dan suami terus menaiki kereta dan mengejar kereta suspek.

“Sehingga kini kami sekeluarga masih dalam keadaan ketakutan kerana masih terdapat beberapa suspek yang masih diburu polis. Setakat ini diberitahu hanya seorang sahaja sudah ditahan di Simpang Renggam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI