PETALING JAYA – Seorang peniaga makanan berkongsi pengalaman mengejutkan apabila menerima pesanan secara dalam talian daripada ‘penghuni’ bilik mayat di sebuah hospital dekat Johor.
Dia yang berkongsi kisah tersebut menerusi catatan di Facebook menggunakan akaun Qulai Pizza Kayu Api mengakui terkejut apabila membaca senarai pesanan mengatakan lokasi pelanggan adalah di bilik mayat.
“Staf pak cik buat hal hari ini (semalam). Antara kemahiran yang selalu pak cik terapkan pada staf pak cik adalah komunikasi dan merekod order (pesanan) dengan terang dan jelas.
“Tapi janganlah jelas sangat macam ini. Terkejut pak cik. Ingatkan mayat yang order (pesan) Taiplah “staf bilik mayat Hospital Kulai” untuk delivery (dihantar),” katanya.
Perkongsian peniaga itu turut tular di media sosial dan ramai netizen terhibur dengan situasi tersebut.
“Roh yang terpisah, tekak,perut masih ada. Sejuk-sejuk lapar, ‘aircond’ kuat sangat,” seloroh Eyza Razi.
“Kesian mayat tu. Lapor barangkali. Tapi tengok senarai pesanan boleh tahan juga anak tekak. Walaupun roh dah keluar,” komen Sahril Ariel.
“Menu terakhir sebelum dikapankan. Meriah la sikit,” kata Al-Muhaimi Ali. – KOSMO! ONLINE